Ustaz Syeikh Muhammad Abd Wahab


                assalam'mualaikum sahabat-sahabat kalian ...enty kali ini saya ingin mkongsikan sejarah para ulamat kita dalam membangunkan menegakan ajaran agama islam,diharap ilmu yang di kongsi dapat manfaat smua kwn2 di cini... :D  Ustaz Syeikh Muhammad Abd Wahab seorang Imam Besar Masjidil Haram...
sape x knal beliau...?? semestinya smua orang kenal Beliau kerana kemerduan suaranya dalam membaca ayat-ayat suci Al-Quran, :D

Gambar Beliau ::



Gambar Beliau semasa lawatan kew Malaysia ::





Sejarah Ringkas Syeikh Muhammad Abd Wahab

Nama Beliau ::  Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab bin Sulaiman bin Ali bin Muhammad bin Ahmad bin Rasyid bin At-Tamimi.

Dilahir ::  Dilahirkan di ‘Uyainah yang terletak di sebelah utara Riyadh pada tahun 1115 H. (1703M) dan wafat pada tahun 1206H.Beliau membesar di bawah jagaan ayahnya yang juga merupakan seorang Qadi di ‘Uyainah.

Kelebihan Beliau ::   Syeikh Mohammad Abd Wahab telah menghafal Al-Qur’an sebelum mencapai umur sepuluh tahun. Beliau telah mempelajari feqh Hambali, Tafsir dan Hadis daripada bapanya. Sememangnya dari sejak kecil beliau amat menggemari membaca kitab-kitab Tafsir, Hadis dan Aqidah serta lebih banyak menumpukan kepada hasil karya Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah dan Al-Hafiz Ibnu Qayyim di dalam pembacaannya.

Sejarah Beliau :: 
Setelah itu beliau berangkat ke Makkah menunaikan ibadah haji, kemudian terus ke Madinah menziarahi Masjid Nabawi, menziarahi Rasulullah SAW dan para sahabatnya RA. Seterusnya beliau mendalami ilmu agama daripada para ulama Madinah seperti Syeikh Abdullah b. Ibrahim b Saif, Sheikh Ali Afandy Ad Daghastani, Syeikh Ismail Al ‘ Ajluni, Syeikh Abdul Latif Al-‘Afaaqi Al Ahsaai’, Syeikh Muhammad Hayat As Sindi.

Kemudian Syeikh Muhammad Abd Wahab pulang ke Najd dan terus ke Basrah. Beliau tinggal di sana beberapa waktu dan mendalami ilmu agamanya daripada para ulama Basrah seperti Syeikh Muhammad Al Mujmuey dan al ‘Allamah Malla Hamdu Al Jamili. Di dalam perjalanan pulang ke Najd beliau telah berhenti di (al- Ahsaa’) dan menetap belajar dari Syeikh Muhammad b Abd Latif As Syafie.

Ketika pulang ke negerinya, beliau telah melihat kemungkaran, kesyirikan dan kesesatan berleluasa di Negeri Najd, Haramain, Iraq dan lain lain tempat. Sehingga ketika beliau berada di Madinah, beliau telah mendengar orang ber’istighasah ( minta tolong ) dengan Rasulullah SAW dan bukannya dengan Allah SWT. Lalu beliau bertanya kepada Syeikh Hayat As Sindi tentang perkara tersebut, maka dengan segera Syeikh tersebut menjawab : “ Sesungguhnya celakalah mereka dengan apa yang mereka lakukan dan kekarutan yang mereka kerjakan itu.”

Pada tahun 1158H, beliau telah pergi ke Dir’iyyah dan menjadi tetamu kepada Abdul Rahman bin Suwailim dan Ahmad Suwailim. Semasa di sana beliau telah dikunjungi oleh ramai orang bertujuan mempelajari dan mendalami ilmu agama daripada beliau. Kemudian beliau telah bersetuju dengan Muhammad b. Sa’ud Amir Dir’iyyah untuk berjihad di jalan Allah bagi melaksanakan tuntutan “amar ma’ruf dan nahi mungkar” serta menegakkan syariat agama Islam.

Meskipun orang ramai telahpun menaruh minat serta memberi sokongan yang kuat terhadap da’wah SMAW, namun tidak dapat dinafikan bahawa di sana terdapat beberapa golongan yang menentang usaha murni beliau. Sehingga sesetengah orang awam telah terpengaruh dengan dakyah-dakyah golongan yang menentang usaha beliau ini disebabkan :-

1) Pihak penentang beliau telah menulis surat kepada kerajaan Uthmaniyyah bagi meminta bantuan ketenteraan dan mendesak agar Kerajaan Uthmaniyyah menghalangi usaha-usaha dakwah SMAW. Mereka telah menakut-nakutkan pemerintah Kerajaan Uthmaniyyah dengan dakwaan jika Kerajaan Uthmaniyyah tidak campur tangan di dalam masalah ini nescaya kehebatan kerajaan Uthmaniyyah akan hilang dari hati orang Islam. Tidak cukup dengan itu, mereka telah memburuk-burukkan SMAW dengan menaburkan fitnah-fitnah yang dusta, umpamanya mereka menuduh SMAW telah membuat mazhab yang kelima, beliau tidak mencintai Rasulullah,tidak mengasihi para wali dan sebagainya.

2) Golongan Ulama yang hidup mereka hanya bergantung dengan dakyah-dakyah yang membesar-besarkan kubur-kubur dan qubbah-qubbah yang dihiasi dengan pelbagai corak sangat takut dan bimbang dakwah Salafi yang dibawa oleh SMAW. Lalu mereka menentang habis-habisan SMAW demi untuk menjaga sumber rezeki mereka.

3) Sesetengah ulama tidak dapat gambaran yang jelas dan tepat tentang SMAW dan dakwahnya. Mereka sekadar mendengar daripada orang yang berhasad dengki dan memburuk-burukkan SMAW tanpa merujuk terus kepada kitab-kitab karangan SMAW.
Kitab-kitab Karangan Syeikh Muhammad Abd Wahab
Beliau telah mengarang beberapa buah kitab bagi menegakkan ajaran al-Qu’ran dan as-Sunnah serta sekaligus menjelaskan matlamat dakwah beliau. Di antara kitab-kitab tersebut Ialah:
1) Kitab at Tauhid
2) Kasyfu asy Syubhat
3) Thulatha al Usul
4) Mukhtasar as Sirah an Nabawiyyah
5) Al-Qawaid al Arba’
6) Usul al Iman
7) Kitab Mufid al Mustafid fi Kufri Tariq at Tauhid
8) Syurut as Solah wa Arkaanuha
9) Kitab Fadl al Islam
10) Majmu’ Rasail fi at Tauhid wal Iman wa Masail al Jahiliyyah.
11) Kitab at Thoharah
12) Mukhtasar al Insof fi Ma’rifah ar Rajih minal Khilaf
13) Nasihah al Muslimin bi Ahaadith Khatimal Mursalin
14) Kitab Al Kabair
15) Mukhtasar Zaadul Ma’ad
16) Kitab Fadhailul Qur’an
17) Istinbath minal Qur’an
18) Al Hudha An Nabawi
19) Majmu’ as Sawaiq
20) Majmu’ al Hadith ‘ala Abwab al Fiqh
21) Ahaadith al Fitan
22) Mukhtasar al Bukhari
23) Ar Rasail asy Syakhsyiyyah
24)Ikhtisar as Syarh al Kabir
25) Masail al Jahiliyyah dan sebagainya.
Didalam kitab “Unwan al-Majid” telah dinyatakan bahawa ramai ulama-ulama besar ketika itu turut mendalami ilmu daripada SMAW. Keempat empat anak SMAW juga telah menjadi ulama besar hasil didikan beliau. Mereka ialah Husain, Abdullah, Ali dan Ibrahim.
Disamping itu terdapat ramai anak anak murid SMAW yang muncul sebagai tenaga penggerak Dakwah Salafiyah di merata-rata tempat. Kebanyakan mereka telah menjadi qadhi atau mufti di seluruh pelusuk Tanah Arab. Di antara mereka itu ialah:
1) Syeikh Abdul Aziz b. Abdullah Al Husain Al Naasiri
2) Syeikh Sa’id b. Huja’I
3) Syeikh Abdur Rahman b. Naami
4) Syeikh Hamid b. Naasir b. Usman b. Ma’mar
5) Syeikh Ahmad b. Rasyid Al Uraini
6) Syeikh Abdul Aziz Abu Hasan
7) Syeikh Abdul Aziz b. Suwailim
8) Syeikh Hasan b. Aidan dan lain lain lagi.

Banyak lagi sejarah Beliau Dalam meyebarkan menegakan agama islam ...igin lebih mgatahui tentang diri beliau ...saya akan nyatakan beberapa link untuk di rujuk ::

Thank you....^_^
 assalam'mualaikum sahabat-sahabat...




0 komen dak cute:

sila komen yew

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...