LELAKI SOLEHAH ??



Lelaki solehah nih mcm mna yaa ??

 Siapakah lelaki soleh? Adakah seorang lelaki yang bernama soleh? Oh tentu sekali bukan..
kalo sy d angap lelaki solehah cam na ekk ?? hihiii (arh perasaan )


APa yaa yg d katakan LELAKI Solehah nih___ ??? 


 Lelaki soleh yang dimaksudkan di sini ialah seorang lelaki yang beriman, seorang mukmin, bersih daripada segala zahir dan batinnya, mengambil makanan yang bersih dan halal, bukan daripada sumber yang haram. Dia juga seorang yang sentiasa berusaha menjauhkan diri daripada segala perkara mungkar dan menariknya ke arah jurang neraka yang dalam. Lelaki soleh juga seorang lelaki yang sentiasa taat kepada Allah dan RasulNya walau di mana sahaja dan bila-bila masa.



 "Tahukah anda wahai lelaki soleh, jumlah bidadari yang di ciptakan untuk seorang lelaki soleh sekurang-kurangnya dua orang bidadari sebagai isteri." ( HR Bukhari 6/230,232 dan Muslin 2834)..



Setiap lelaki mempunyai tanggungjawab yang besar di dunia...Memimpin wanita menuju ke syurga...
Namun sedarkah anda lelaki soleh mempunyai ganjaran yang sangat besar di Syurga kelak...Ganjaran yang tiada tolok banding kenikmatannya...Sekiranya anda mengamalkan "Ammar Ma'ruf Nahi Mungkar" Maka berbahagialah wahai lelaki soleh...Bidadari Syurga menanti anda...Sebagai isteri di Syurga...



Adakah aku  ___

1. Adakah aku sentiasa taat kepada Allah dan Rasullulah?
2. Adakah jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hidup aku?
3. Adakah mati syahid adalah cita-cita hidup tertinggi aku?
4. Selama ini, adakah aku sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran daripada Allah?
5. Ikhlaskah aku dalam beramal?
6. Adakah kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupku?
7. Takutkah aku kepada ujian Allah dan ancaman-Nya?
8. Adakah aku selalu memohon ampun atas segala dosa-dosaku?
9. Adakah aku zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya?
10. Adakah solat malam menjadi kebiasaanku?
11. Adakah aku bertawakal kepada Allah atau aku kerap mengeluh?
12. Adakah aku kerap memberikan infaq di waktu senang mahupun sempit?
13. Berusahakah aku untuk menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah di antara mereka?
14. Kuatkah aku amar maaruf dan nahi munkar?
15. Adakah aku sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan?
16. Adakah aku seorang pemaaf?



Tanya  pad dri sendri tnya pada iman yg ada pada diri anda ?? adkah anda layakk ??


“Dan diantara ahli kitab ada sekelompok orang yang berlaku lurus. Mereka membaca ayat-ayat Allah di malam hari, sedang mereka bersujud (maksudnya, mengerjakan solat malam sambil membaca kitabullah). Mereka beriman kepada Allah dan hari akhir, mereka mengajak pada kebaikan dan mencegah dari perbuatan mungkar, dan mereka bersegera mengerjakan kebaikan-kebaikan. Mereka itulah orang-orang yang soleh”. (Ali Imran 133-134).


Rasulullah bersabda“ Sesempurna keimanan seorang mukmin, ialah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kalian ialah yang paling baik kepada isteri – isterinya “. ( HR. At-Tirmidzi )




SIAPA LELAKI SOLEH MENURUT AL QURAN DAN HADIS

1. Sentiasa taat kepada Allah swt dan Rasullulah saw.
2. Jihad Fisabilillah menjadi matlamat dan tindakannya.
3. Mati syahid adalah cita-citanya.
4. Akhirat menjadi tujuan hidupnya.
5. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah swt.
6. Ikhlas dalam beramal.
7. Sangat takut kepada ujian Allah swt. dan ancamannya.
8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.
9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.
10. Solat malam menjadi kebiasaannya.
11. Tawakal penuh kepada Allah ta’ala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah swt.
12. Selalu berinfaq sama ada dalam keadaan susah mahupun senang.
13. Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin.
14. Sangat kuat amar maaruf dan nahi munkarnya.
15. Sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan.
16. Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi rintangan daripada manusia,
17. Sentiasa tegur menegur sesama ikhwan dan tawadhu’ kepada Allah swt.
18. Kasih sayang terhadap keluarga.


sapa x nk jadi lelaki solehah kn?? smua orang nk nk jdi sesorang yg di sukai Allah .InsyAllah sy pom nk jadi lebih dari camtu jugakk.apa yg peting biar hati kita ikhlas n selalu mrendah dri terhadap sang pencipta kita.kita kne tahu kita sebagai lelaki haruslah menjaga apa yang d suruh Allah n d jauhi apa yang dilarangNya kn?? tu belom lagi menjaga seorang teman sehidup iaitu istri(hawa) .engatlah  suamikan ketua keluarga selepas selepas akad nikah berlaku and then tugas seorang bapa juga akan diberikan kepada suami untuk mendidik isterinya.so..kalo kita x jaga ibadat kita macam mana kita nk jaga keluarga kita kelak nti kn??.
 jadi renung n renungkanlah dah selamat bamal smua yaaa kaum sahabatkuu ....





0 komen dak cute:

sila komen yew

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...