WANITA SOLEHAH ??




wanita solehah nih mcm mna yaa ??





adkah dia nih yg brbaju labuh slendang besarr...or yg slalu p masjd solat jemaah ?? atau yg jeniss hormat org tua atau yg suka buat baikk...tp nk ckp yg jenis wanita pkai t-shirt sluar seakan2 lelaki ..cam na ?? btol ka die wanita solehah ?? aish...msty korang ckp xmugkin lah.... !!

Apa yaa yg d katakn Wanita Solehah nih ____ ???  
 

herm...mai sy cterkn bbrapa prkara yg sy thu sal wanita inii...


--- > Sabda Rasulullah SAW dalam hadis Riwayat Muslim, "Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah." 

*waaah !! wanita ibarat harta yg paling berharga d duniaa ?? adesss......kalo brharga mesty yg paling mahal nih?? adkah die boleh beli?? msty kita x mampu beli kn....
mcm tu ??
Sesungguhnya kemuliaan semua makhluk Allah SWT adalah terletak pada tahap ketaqwaan kepada Allah SWT......Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. ,waah !! Allah sdri ckp wanita paling yg istimewa,,aish kalo x brsyukur x tauu laaa..... 

 lelaki dan wanita memiliki tugas-tugas dan kewajipan-kewajipan yang berlainan, sesuai dengan fitrah masing-masing.da jelas stiap mkhluk Allah cipta mesti ada klbhn n kbrukan masing2 an... Namun, matlamat hidup setiap lelaki dan wanita adalah sama, iaitu mencari keredhaan Allah SWT.
Rasulullah SAW telah memerintahkan supaya kaum wanita diperlakukan menurut fitrah ia dijadikan sebagaimana dalam sabdanya yang bermaksud,

"Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu." - Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim


Nilai wanita bukan terletak pada pakaiannya yang menonjol, berhias diri untuk memperlihatkan kecantikannya, tetapi hakikatnya ialah pada kesopanan, rasa malu dan keterbatasan dalam pergaulan.
Wanita solehah itu adalah wanita yang tegar menjaga maruah serta apa yang lahir dari dirinya, dari hujung rambut hingga hujung kaki, termasuklah wajahnya, suaranya, senyum tawanya, jalannya, tulisannya hatta namanya sekalipun.

wajah seseorang wanita yg d cipta Allah sangat sempurna tiada cacat cela walaupom sekecil zarah..(alah kalo ada jerawat tu tnda kamu nih sihat jaa hihihii) ...stiap rupa wanita yg d cipta Allah sgt2 mnarikk ...ini kerana apa,rupa wanita nih seakan2 boleh menarik perhatiaan seseorang lelakii..
Wajahnya bukan aurat tetapi ada kalanya ia menjadi aurat Allah melarang wanita beriman menunjukkan perhiasannya, kecuali apa yang telah zahir daripadanya..Wanita yang khuatir wajahnya boleh melalaikan lelaki yang memandangnya pasti akan menganggapnya sebagai aurat, lalu mengenakan purdah pada wajahnya.Mungkin berat bagi wanita bergelar remaja untuk mengamalkannya, tapi cukuplah dengan tidak terlalu menonjolkan diri mereka di hadapan ajnabi atau tidak menjadikan wajah mereka sebagai paparan umum seperti friendster, facebook dan lain-lain..Betol kn?

Seorang wanita solehah tidak akan membiarkan lelaki berjalan di belakangnya kerana dia faham seribu satu fitnah boleh timbul daripada keadaan tersebut. Bagaimana pula keadaan wanita yang tidak melabuhkan jilbabnya apabila lelaki berjalan di belakangnya? Maka, labuhkanlah tudungmu. Ketahuilah bahawa pada pagi hari perintah berjilbab diwahyukan kepada Rasulullah SAW,

seorang sahabiyah yang masih tidak tahu tentang wahyu tersebut telah keluar dari rumahnya tanpa jilbab. Kemudian seseorang telah menegurnya, "Mengapa engkau tidak berjilbab, adakah engkau tidak tahu tentang perintah memakainya?"

Lalu wanita tersebut berhenti melangkah dan menyuruh seseorang mengambil jilbabnya, lalu beliau berkata, "Aku tidak mahu selangkah pun aku berjalan dalam keadaan melanggari perintah Allah SWT." 
Malangnya hari ini apa yang terjadi kepada wanita Islam; bertahun-tahun belajar Islam tetapi masih tiada kekuatan untuk mengamalkannya.

Akak...adikk ku skaliaan !!    


 Kita tahu betapa ramai wanita bertudung labuh dan berjubah sering menghancurkan hati lelaki-lelaki yang beriman dan mengecewakan para pejuang Islam dan kita juga tahu wanita yang mengambil jurusan agama pun seringkali mungkir janji dan berlaku khianat.

 Allah menyebut beberapa ciri perempuan yang solehah iaitu :
1) Perempuan muslimat yang beragama Islam dan menyerah diri kepada Allah dan rasul
2) Perempuan mukminah yang beriman dan yakin kepada Allah dan janji-janji- Nya
3) Muslimah yang taat kepada Allah dan rasul serta kepada suami
4) Muslimah yang seringkali bertaubat di atas dosa-dosa dan kesalahan dan kejahilannya
5) Muslimah yang rajin menunaikan ibadah dan berpuasa kerana dengan puasa itu dapat mengawal hawa nafsu dan kelakuan.


“ Sesungguhnya Allah memberi hikmah kepada sesiapa yang dikehendaki- Nya dan barangsiapa yang diberikan hikmah maka sesungguhnya dia telah mendapat kebaikan yang banyak.” 

(Surah Al-Baqarah : 269).

 D merata-rata tempat  dipenuhi wanita-wanita yang tidak bertudung , tidak menutup aurat , jahil agama dan tiada kesedaran untuk melaksanakan Islam tetapi dalam kerosakan itu ada di celah-celahan kaca yang melukakan hati anak-anak adam dan ada sejumlah wanita suci yang bersih hatinya tetapi diuji oleh Allah dengan berada di lingkungan kekotoran.
Mereka membesar tanpa ilmu agama, tanpa hidayah pertunjuk lalu hidup sosial dan bebas sehingga merosakan diri mereka tetapi punyai hati yang bersih dan suci. Alangkah bagusnya jika lelaki-lelaki muslim mendapatkan wanita-wanita ini dan diberi bimbing serta dipandu mereka sehingga mendapat hidayah dari Allah swt.


 Akak...adikk adikk pompuan entry sy tulis nih bukan nk tuju kpada sapa2 kalo boleh biar dri sdri kita menilai nya...adakah kita lakukan itu betol or tidakk...egat pesan sy Apa tujuan kita hidup yg sigkat ini??? ...Renung2 n bykk beramal yaa....
...
*tima kasih yg sudi membacaa........ 








Beribu wanita telah ku temui didunia ini
Tak kira bangsa mahupun agama
Bermacam ragam jua kerana..
Baru kini kutemui wanita yang menjadi idaman hatiku
Ianya adalah seorang wanita solehah
Itulah wanita pilihan hati
Seorang insan yang bisa menjadi pencetus cinta sejati
Dialah…
Seorang wanita yang mempunyai perasaan malu
Dan tunduk kasih pada yang satu
Dialah…
Seorang wanita yang menutupi segala perhiasan
Yang ada padah tubuhnya dari dilihat insan yang lain
Selain seorang yang bergelar suami mahupun wali
Dialah…
Seorang yang bisa mendorongku kejalan yang lurus
Dialah…
Seorang yang menjadi penenang dikala hatiku duka dalam tawar
Dialah insan terbaik buat diriku
Sepertimana dikatakan dengan sahihnya
Tiada perhiasan yang terindah didunia ini selain daripada wanita solehah
Itulah wanita pujaan hatiku
Dulu hati ini sukar untuk mencintai seorang wanita
Namun
Dengan hadirnya seorang yang bergelar solehah
Diri ini dapat mencapai ketahap cinta sejati
Iaitu..
Cinta pada yang Esa
Cinta pada Rasul-Nya
dan
Cinta pada setiap makhluk-Nya
Serta cinta pada ciptaan-Nya
Itulah cinta yang menjadi idaman kalbu
Yang terlekat di sanubari..






0 komen dak cute:

sila komen yew

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...